Pages

seefoo outdoor

"Don't Stop At The Top Before You Touch The Sky"

Hubungi Kami :

Hilmey : 012-9227964 seefoo_06@yahoo.com

Hasri : 012-2354354 kodomo98@msn.com

Wednesday, January 27, 2010

SEEFOO OUTDOOR SERVICES merupakan satu syarikat yang terdiri daripada individu yang berkemahiran dalam bidang outdoor. Kami yang mempunyai wawasan untuk membantu serta membimbing para pelajar sekolah, mahasiswa, remaja dan pekerja-pekerja membina keyakinan diri dan semangat yang kental dalam menghadapi cabaran dan persaingan untuk mengharungi kehidupan yang lebih mencabar di alaf global ini. Dengan sebab inilah tertubuhnya syarikat yang diberi nama SEEFOO OUTDOOR SERVICES yang dimiliki oleh 100% bumiputera.

Kami yang terdiri daripada bekas siswazah samada yang bekerja dalam bidang professional mahupun bukan professional serta mahasiswa universiti yang berpengalaman luas dalam mengendali dan menganjurkan program-program outdoor, bengkel, kem motivasi, kem kepimpinan , kem jatidiri, team building serta percutian bagi pelajar sekolah, mahasiswa, remaja dan pekerja-pekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Selain daripada menjalankan serta mengendalikan program yang berbentuk motivasi dan sebagainya, SEEFOO OUTDOOR juga merencana dan mengendalikan pelbagai program rekreasi serta percutian di mana-mana destinasi menarik yang terdapat di negara ini.

Dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh kami, kami akan sedaya upaya membantu untuk mewujudkan peserta mempunyai motivasi diri yang tinggi dan berfikiran positif serta sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan, mempraktikkan ilmu dalam kehidupan seharian, yang mana ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, membolehkan mereka cemerlang samada di dunia mahupun di akhirat sejajar dengan matlamat 1 Malaysia.

2 comments:

  1. mmg menarik menda ni..
    aku pun dh lame join menda ni...

    ReplyDelete
  2. wow...!!
    mmg mnarik..
    i da penah join xtviti nie..
    mmg mmorable..
    wa caya lah sama lu...

    papepom, GOD bless u all...
    GUD LUCKKK!!!!!

    ReplyDelete