Pages

seefoo outdoor

"Don't Stop At The Top Before You Touch The Sky"

Hubungi Kami :

Hilmey : 012-9227964 seefoo_06@yahoo.com

Hasri : 012-2354354 kodomo98@msn.com

Saturday, September 4, 2010

salam syawal

Salam Syawal


Kami mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Thursday, July 15, 2010

aa

MINGGU MESRA MAHASISWA IKIP 2010
di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
pada 02hb hingga 04hb Julai 2010


Terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Hal Ehwal Pelajar IKIP kerana telah memberikan kepercayaan kepada Seefoo Outdor Services untuk mengendali serta menguruskan Program Mesra Mahasiswa IKIP 2010.

Program ini telah diadakan di Taman Pertanian JPSHAS, Kuantan pada 02hb hingga 04hb Julai 2010 dalam suasana yang penuh keceriaan. Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan diantara sesama pelajar IKIP serta hubungan pelajar dengan HEP IKIP dan MPP Kolej IKIP.

Pelbagai modul latihan yang diadakan diharap dapat memberi impak yang positif kepada pelajar dalam mengharungi alam institusi pengajian yang baru bagi mereka.
Kami daripada Seefoo Team memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang kami mengendalikan program ini terdapat cacat cela serta kekurangan yang tidak dapat dijangkakan.

Sekian.....
Kumpulan 1

 Kumpulan 2

 Kumpulan 3
 
 Kumpulan 4

Kumpulan 5


Kau Di Hati Ku

Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari apa yang datang
Berhentilah menangis

Tubuhmu kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis


(*) Kau dihatiku
Kau dihatiku
Hari ini dan selamanya

(**) Kau di hatiku
Walau apa katanya
Oh... kau di hatiku
Selamanya

Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza


Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu

Destinasi tiba kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau

Kau di hatiku
Yakin kau di hatiku
Di sini hari ini
Dan selamanya…


Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu (3x)
Di sisimu selamanya




Kumpulan 6

 Kumpulan 7

 Kumpulan 8

Wednesday, May 12, 2010

Pengumuman...!!!


Kepada Sekalian Sahabat Seefoo....

Seefoo Outdoor akan menganjurkan satu perkhemahan pada 12 & 13hb Jun 2010.
Lokasi adalah di Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing.

Kepada sesiapa yang berminat boleh bagi respon terhadap notis ini..

Salam Sahabat...

Monday, May 3, 2010

Pemberitahuan..!!

kepada sekalian Sahabat Seefoo...
Semua gambar telah di upload ke dalam page 'Seefoo Outdoor' di laman Facebook.

Bagi mereka yang ingin melihat gambar program/aktiviti Seefoo Outdoor yang lepas boleh layari 'page' tersebut.

Harap Maklum.. 

Monday, April 19, 2010

"KURSUS KEPIMPINAN WAWASAN PELAJAR 2010"

"'Pertalian Yang Tidak Akan Putus"


KEM DESA CEMPAKA di Pantai Sepat, Kuantan telah menyaksikan seramai 124 orang pengawas sekolah dari SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR PUTIH menamatkan "Kursus Kepimpinan Wawasan Pelajar 2010 dengan jayanya.
 
Kursus yang mengambil tempoh 3 hari 2 malam ini telah berlangsung dari 16hb April hingga 18 hb April 2010. Seefoo Outdoor Services telah dilantik oleh pihak sekolah untuk melaksanakan kursus ini.
 
Pihak Seefoo Outdoor Services amat berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk mendidik barisan kepimpinan pengawas ini. Kami berharap agar setiap ilmu dan pengalaman yang diberi dapat diaplikasikan oleh peserta kursus dalam menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan memegang amanah yang telah diberikan.  
 
Kami juga berbangga dengan barisan kepimpinan pengawas ini kerana telah memberikan komitmen yang sangat tinggi terhadap setiap aktiviti dan juga aturcara kursus yang telah ditetapkan. 
Kesempatan ini kami ingin memohon jutaan maaf sekiranya sepanjang kami mengendalikan kursus ini terdapat kesilapan serta kekurangan yang tidak kami sedari dan sengajakan.....
 
Selamat bertugas....
Semoga berjumpa lagi....
 
(pic akan di upload kemudian...nantikan....)


"Anda Semua Tetap di Hati Kami..!"