Pages

seefoo outdoor

"Don't Stop At The Top Before You Touch The Sky"

Hubungi Kami :

Hilmey : 012-9227964 seefoo_06@yahoo.com

Hasri : 012-2354354 kodomo98@msn.com

Monday, April 19, 2010

"KURSUS KEPIMPINAN WAWASAN PELAJAR 2010"

"'Pertalian Yang Tidak Akan Putus"


KEM DESA CEMPAKA di Pantai Sepat, Kuantan telah menyaksikan seramai 124 orang pengawas sekolah dari SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR PUTIH menamatkan "Kursus Kepimpinan Wawasan Pelajar 2010 dengan jayanya.
 
Kursus yang mengambil tempoh 3 hari 2 malam ini telah berlangsung dari 16hb April hingga 18 hb April 2010. Seefoo Outdoor Services telah dilantik oleh pihak sekolah untuk melaksanakan kursus ini.
 
Pihak Seefoo Outdoor Services amat berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk mendidik barisan kepimpinan pengawas ini. Kami berharap agar setiap ilmu dan pengalaman yang diberi dapat diaplikasikan oleh peserta kursus dalam menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan memegang amanah yang telah diberikan.  
 
Kami juga berbangga dengan barisan kepimpinan pengawas ini kerana telah memberikan komitmen yang sangat tinggi terhadap setiap aktiviti dan juga aturcara kursus yang telah ditetapkan. 
Kesempatan ini kami ingin memohon jutaan maaf sekiranya sepanjang kami mengendalikan kursus ini terdapat kesilapan serta kekurangan yang tidak kami sedari dan sengajakan.....
 
Selamat bertugas....
Semoga berjumpa lagi....
 
(pic akan di upload kemudian...nantikan....)


"Anda Semua Tetap di Hati Kami..!"




Wednesday, April 14, 2010

"SURVIVOR COY's 5th Series"

27 Mac 2010 telah berlangsung 1 lagi program yang telah dikendalikan oleh SEEFOO OUTDOOR SERVICES di Hutan Lipur Beserah, Beserah, Kuantan.

          Program ini telah diadakan selama 2 hari 1 malam. Kerjasama yang telah diberikan oleh anggota Wataniah & Kesatria dari Kolej Shahputra ini amat membanggakan pihak kami. Terima Kasih diucapkan. Penghargaan juga patut diberikan kepada Tuan Fadzil yang telah lama merangka program ini untuk anak buahnya.

          Antara objektif program ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta dengan apa yang dikatakan sebagai 'survivor' itu. Minat yang telah ditunjukkan oleh peserta amat tinggi. Antara pengisiannya adalah trekking ke Bukit Beserah, Kraf Perkhemahan, Backwood Cooking, Persekitaran Hidup Secara Survivor dan aktiviti yang dikenali sebagai 'Paintball' juga diselitkan.

          Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang agar timbulnya minat kepada alam yang indah  diciptakan oleh Yang Maha Esa dapat diterapkan dalam jiwa anak muda ketika ini.

Salam.....