Pages

seefoo outdoor

"Don't Stop At The Top Before You Touch The Sky"

Hubungi Kami :

Hilmey : 012-9227964 seefoo_06@yahoo.com

Hasri : 012-2354354 kodomo98@msn.com

Tuesday, February 23, 2010

"Jom Santai Bersama OC"

 

19hb Febuari 2010 adalah satu tarikh yang sangat penting di kalangan "OC" UiTM Seri Iskandar, Perak kerana mereka telah pun menjejakkan kaki ke tanah Taman Negara Kuala Tahan. Tanah yang mempunyai Hutan Tropika yang tertua di dunia iaitu 130 juta  tahun.

"OC" UiTM Perak telah pun berkampung di Tabung Resort, Kuala Tahan selama 3 hari 2 malam yang bermula pada 19hb hingga 21hb Febuari 2010 untuk menghadiri program "Jom Santai Bersama OC".

Sesampai sahaja di jeti Kuala Tahan, mereka amat terpegun dengan persekitaran Taman Negara Kuala Tahan yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga dapat merasai pengalaman baru menaiki perahu panjang yang merupakan pengangkutan utama di sana. Program ini telah dihadiri seramai 101 orang "OC" dan diiringi oleh 12 orang pegawai.

Pada malam pertama program, para "OC" telah mengikuti aktiiti Night Walk di hutan berdekatan dengan Tabung Resort. Aktiviti tersebut selesai lebih kurang 2 jam kemudian.

Pada pagi yang kedua para "OC" mengikuti aktiviti senaman pagi yang dinamakan Senam 1 Malaysia telah dikendalikan oleh teknikal dari Seefoo Outdoor Services.

Kemudian, aktiviti yang seterusnya adalah Flying Fox dan juga Canopy Walk. Aktiviti ini juga memberikan pengalaman yang baru kepada "OC" dan juga pegawai yang hadir.Kedua-dua aktiviti ini selesai sebelum tengahari.

Pada sebelah petang pula merupalan aktviti yang sangat ditunggu-tunggu oleh setiap "OC".Rapid Shooting. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang di sungai Kuala Tahan menggunakan perahu panjang. Keghairahan setiap "OC" sememangnya terpancar pada wajah mereka sepanjang aktiviti ini sebelum mereka dibenarkan untuk mandi manda di sungai Kuala Tahan.

Tepat jam 6.00 petang, ketibaan Prof. Madya Sr. Haji Mohd Fisal bin Ishak di Tabung Resort di sambut oleh urusetia program "Jom Santai Bersama  OC"
.
Pada sebelah malam pula, para "OC" mengahadiri jamuan makan malam bersama  Prof. Madya Sr. Haji Mohd Fisal bin Ishak. Pada malam tersebut, mereka dihidang kan dengan BBQ dan juga karaoke. Kemeriahan pada malam itu, dapat dilihat bahawa ikatan yang erat di antara pegawai atasan UiTM dengan pelajar mereka telah lama terjalin.

Pada keesokannya, urusetia "OC" telah mengadakan 'OC Explrace 2010' di persekitaran Tabung Resort. Aktiviti ini selesai 3 jam kemudian.

"Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan"...Begitulah dengan program ini. Majlis Penutup secara ringkas diadakan selepas makan tengahari pada hari terakhir program ini..Saat menyedihkan apabila lagu program ini dimainkan buat kali terakhir sebelum program ini dilabuhkan tirainya.


Sekalung penghargaan buat pengurusan UiTM yang memberi kepercayaan kepada SEEFOO OUTDOOR SERVICES untuk mengelolakan program ini...

Sekian, Wassalam.....

  NigtWalk
Senam 1 Malaysia


 Flying Fox
Canopy Walk 
Rapid Shooting

 "OC Explorace 2010"

 Ronda-Ronda Bersama Prof. Madya


Kenangan "Jom Santai Bersama OC"





 
  
 

Thursday, February 4, 2010

"Pakej yang Ditawarkan"

"PAKEJ FAMILY DAY 2010"


"PAKEJ FAMILY DAY 2010"




"PAKEJ KURSUS KEPIMPINAN 2010"



"PAKEJ PROGRAM KILAUAN HATI 2010"



"PAKEJ PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010"